Terbuka Australia - Chong Wei Mara Ke Suku Akhir

on Friday, April 5, 2013

Terbuka Australia - Chong Wei Mara Ke Suku Akhir

Terbuka Australia - Chong Wei Mara Ke Suku Akhir | JAGUH badminton negara Datuk Lee Chong Wei akan menggalas cabaran negara bersama Chong Wei Feng dan lima beregu negara pada suku akhir Kejohanan Terbuka Australia di Sydney, hari ini.
 
Pada pusingan ketiga hari ini, Chong Wei, selaku pilihan utama, tidak menghadapi masalah sebelum menjinakkan pemain India, R.M.V.Gurusaidutt dengan keputusan 21-10, 18-21, 21-15 pada pertarungan selama 56 minit.
 
Chong Wei akan menentang pemain China Bin Qiao pada suku akhir.
 
Bin Qiao pula menempah slot suku akhir dengan mudah mengatasi pemain Jepun Kento Momota dengan keputusan 21-19 dan 21-18.
 
Turut mengiringi Chong Wei dalam acara perseorangan ialah Wei Feng yang mengalahkan pemain India, Anand Pawar dengan keputusan 21-19 dan 21-15 manakala nasib tidak menyebelahi pemain nombor dua negara Liew Daren.
   
Daren menerima kejutan apabila kalah kepada pemain muda Korea Selatan, Lee Dong Keun dengan mata 14-21, 21-17, 15-21.
 
Dalam saingan perseorangan wanita, Sonia Cheah, gagal menempatkan diri ke suku akhir apabila kalah 15-21, 21-23 kepada pemain China, Hu Xirui.

Dalam acara beregu lelaki, pasangan emas negara Koo Kien Keat/Tan Boon Heong hanya mengambil masa 29 minit untuk menyingkirkan beregu muda China, Kaixiang Huang/Jianqi Tao dengan keputusan 21-13 dan 21-6.
 
Kien Kiat/Boon Heong akan bertemu beregu Indonesia, Mohammad Ahsan/Hendra Setiawan pada saingan suku akhir.
   
Turut mengiringi pasangan emas itu ialah Mohd Zakry Abdul Latif/Mohd Fairuzizuan Mohd Tazari dan Gan Teik Chai/Ong Soon Hock apabila mereka berjaya menumpaskan lawan masing-masing.
   
Beregu wanita negara, Vivian Hoo/Woon Khe Wei menepati ramalan apabila membenam beregu dari Australia, Verdet Kessler/Talia Saunders 21-6, 21-14 dalam masa 20 minit.
   
Tan Aik Quan/Lai Pei Jing pula menjadi wakil tunggal beregu campuran negara layak ke suku akhir setelah mengatasi gandingan China, Li Junhui/Dongni Ou dengan kemenangan 21-18, 17-21 dan 21-17 dalam masa 56 minit. - Bernama

Sumber
http://www.sinarharian.com.my/sukan/kejohanan-terbuka-australia-chong-wei-mara-suku-akhir-1.146392
Tag :

Danial Guiza Luah Rasa Kecewa Terhadap JDTFC

Danial Guiza Luah Rasa Kecewa Terhadap JDTFC

Danial Guiza Luah Rasa Kecewa Terhadap JDTFC | Daniel Guiza, yang kelihatan sugul, sayu dan marah ketika ditemubual sejurus tamat perlawanan antara JDTFC menentang Terengganu semalam, melahirkan rasa kesal dan kecewa kerana mendapat tahu beliau telah bermain dengan sebuah pasukan palsu.

Tambahnya, seluruh rakyat dan media Sepanyol kini mengecam dirinya kerana bermain dengan pasukan tersebut. Mereka berpendapat, Guiza telah mencemarkan maruah, budaya bolasepak dan Raja Sepanyol kerana bermain dengan pasukan palsu yang tiada nilai integriti ini.

Dirinya kini dikatakan dalam keadaan tertekan dan trauma sehingga teman wanitanya yang tidak lagi sanggup menanggung rasa malu meminta putus dengan mengirimkan “wall post message” di laman Facebook miliknya akibat bermain dengan pasukan palsu ini.

“Saya kesal dan hati saya terguris kerana mendapat tahu bermain dengan pasukan palsu dan saya tidak ingin membangangkan diri saya lagi dan khususnya seluruh rakyat Sepanyol, namun saya juga rasa bersyukur kerana akhirnya saya sudah mendapat tahu perkara sebenar yang cuba disembunyikan oleh mereka selama ini”. Tambah Guiza, ini bukan soal wang ringgit, tapi lebih kepada soal integriti, intelektual dan tanggungjawab modal insan yang menjadi pegangan hidupnya selama ini.

“Cukuplah dengan penghinaan bermain dengan pasukan palsu ini. Saya sudah tidak sanggup. Saya tidak akan menjatuhkan air muka saya dengan bermain dengan pasukan seperti ini lagi. Sebab itulah saya tidak meraikan jaringan saya ketika menentang Terengganu kerana tanda protes ke atas pasukan palsu ini. Hanya penyokong yang bijak saja faham. Manakala yang bangang, terus bersorak macam orang kena rasuk saka”.

Pada masa yang sama. Guiza melahirkan rasa terkejut dan pelik bagaimana pasukan ini sanggup mengambil Safiq Rahim. “Sesungguhnya, Safiq itu tiada kaliber untuk bermain bolasepak. Jika di Sepanyol, dia hanya taraf pencacai bola sepak saja. Kalau setakat “free kick” dia tu, saya cuma gunakan tumit dan buku lali saja. Saya juga meluat melihat misai nipisnya. Ada ketika, saya membayangkan bola itu adalah muka Safiq semasa mengambil sepakan percuma atau penalti”, ujar Guiza dalam nada yang amat geram dan meluat.

“Saya juga merasa hairan bagaimana penyokong pasukan palsu ini boleh menjadi bangang dengan menyokong pasukan ini dan tidak pasukan asal mereka yakni Johor FC dan juga Johor FA yang sudah lama terperosok dalam Liga Perdana sebelum ini. Bagi saya ini satu tindakan yang tidak bertamadun, bangang dan tiada integriti. Jika saya menjadi mereka, pastinya saya akan menggantung diri."

"Dikahabarkan, sebelum saya menyertai pasukan palsu ini, Stadium Larkin dan Stadium Pasir Gudang tidak pernah penuh dan kadang kala hampir kosong. Nampaknya mereka ini bukanlah penyokong bolasepak sebenar seperti penyokong Kelantan, Selangor dan Perak. Saya amat malu dan menyesal. Semoga tuhan mengampuni dosa saya ini”, kata Guiza sambil meludah dan memijak gambar muka Koyok yang dikatakan mengugut dirinya supaya terus bermain dengan JDTFC.

Disamping itu, Guiza kerap kali tertanya-tanya apakah maksud tiga bintang di atas logo JDTFC itu. “Saya pernah menanyakan hal tersebut kepada rakan sepasukan ketika berdisko di bandaraya Johor Bahru, tapi mereka kelihatan terpinga-pinga dan buntu akan maksud bintang itu.

Mulai saat itu saya sudah syak, pasukan ini adalah pasukan palsu. Jelas sekali, bintang di atas logo itu juga hendak di palsukan oleh mereka! Apa kejadahnya!” Bentak Guiza dalam bahasa Sepanyol.

Ketika di pengakhiran temubual, Guiza sempat berpesan kepada penyokong Johor palsu, “saya menyeru kepada mereka, kembalilah ke pangkal jalan. Masih belum terlambat untuk berbuat demikian. Saya sudah nampak cahaya kebenaran, anda bila lagi? Janganlah di ikut sangat perangai “glory hunter” Koyok dan IJF yang bangang itu”. Ujar Guiza seraya memecut keretanya buat kali terkahir di bumi Johor.



Sumber
Tag :

Team Red Bull Cipta Rekod Dunia

Team Red Bull Cipta Rekod Dunia | Tanpa disedari, pasukan Red Bull turut mencipta rekod dunia sewaktu beraksi pada perlumbaan kereta Formula Satu (F1) Grand Prix (GP) Malaysia di Sepang bulan lalu.

Team Red Bull Cipta Rekod Dunia

Dengan dominasi Sebastian Vattel dan Mark Wabber, pasukan kendalian Milton Keynes itu juga berjaya memecahkan rekod menukar tayar yang dipegang pasukan McLaren.

Untuk rekod terdahulu, McLaren menukar empat tayar jentera yang dipandu Jenson Button dalam masa 2.31 saat pada GP Jerman tahun lalu.

"Melihat pada data, kami amat yakin pasukan kami telah memecahkan rekod tersebut dalam lima acara berlainan ketika perlumbaan di Sepang," jelas pasukan itu di dalam laman web rasmi mereka semalam.

"Pada saingan di Sepang, hentian pertama Vattel mencatatkan masa 2.13s dan Webber pula turut mencatat masa yang sama.

"Krew pasukan kemudiannya berjaya mencatat masa 2.05s apabila Webber memasuki hentian pit buat kali kedua," tambahnya.

"Ia menunjukkan betapa pantas mereka melakukan kerja di hentian pit terutama sewaktu menukar tayar," kata Red Bull dalam kenyataan tersebut. - Agensi



Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0405&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_09.htm#ixzz2PaAZyy4u

Tag :

Barcelona Vs Harimau Malaya 10 Ogos 2013

on Wednesday, April 3, 2013

Barcelona Vs Harimau Malaya 10 Ogos 2013

Barcelona Vs Harimau Malaya 10 Ogos 2013 | Kelab terkemuka dunia Sepanyol, Barcelona bakal berkunjung ke negara ini buat kali pertama selepas Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) akur dengan tarikh asal 10 Ogos untuk menentang Harimau Malaya biarpun berlangsung ketika umat Islam menyambut perayaan Aidilfitri.

Biarpun FAM sebelum ini menyuarakan rasa kurang senang dengan tarikh itu yang jatuh pada Hari Raya ketiga, namun badan induk bola sepak tanah air itu menganggap mereka tidak boleh melepaskan peluang keemasan buat pasukan negara menguji kehebatan juara Eropah empat kali itu yang memiliki ramai pemain bintang termasuk pemain terbaik dunia Lionel Messi.

Setiausaha Agung FAM Datuk Azzuddin Ahmad berkata, persetujuan kedua-dua pihak itu dicapai hasil perbincangan bulan lalu dan menganggap tarikh itu tidak menjejaskan fokus pemain negara meskipun sebahagian besar beragama Islam.

“Keputusan sudah dicapai kedua-dua pihak mengenai perlawanan persahabatan Jelajah Asia Barcelona. FAM ingin memaklumkan tiada sebarang perubahan tarikh perlawanan, ia tetap akan diadakan pada 10 Ogos.

“Seperti yang kita tahu ia bukan perlawanan biasa dan peluang menentang Barcelona satu kebanggaan buat Harimau Malaya,” katanya.

Keputusan itu juga agak mengejutkan kerana selain tarikh yang dianggap tidak sesuai itu, FAM turut menyatakan kekesalan mengenai cara penganjur Jelajah Asia Barcelona itu yang lambat mengadakan rundingan apabila hanya dimaklumkan menerusi laporan media tempatan.

Malah berita mengenai kunjungan anak buah Tito Vilanova ke Malaysia terlebih dulu disiarkan di laman web rasmi kelab Catalan itu sedangkan FAM langsung tidak tahu menahu mengenainya.

Mengikut laporan awal, Barcelona yang kini menduduki tangga teratas La Liga bakal berada di ibu negara selepas beraksi di Shanghai, China (4 Ogos) dan Bangkok, Thailand tiga hari kemudian sempena Jelajah Asia 2013.

Kehadiran Barcelona ini menjadikan dua perlawanan besar menanti skuad kendalian Datuk K Rajagobal yang sebelum itu bermain menentang kelab gergasi Inggeris Chelsea pada perlawanan persahabatan di Stadium Shah Alam, 21 Julai ini.

Sementara itu, Azzuddin turut mengesahkan rancangan skuad kebangsaan Belanda untuk menentang Harimau Malaya tidak dapat diadakan seperti dirancang.

“Bagi pertemuan menentang skuad The Oranje, FAM dukacita mengumumkan ia terpaksa dibatalkan disebabkan masalah tertentu.”


Barcelona Vs Harimau Malaya 10 Ogos 2013
sumber asal
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/FAMakuraksiHariRayaketiga/Article/index_html
Tag :

Axiata Cup - Malaysia Layak Ke Separuh Akhir


Axiata Cup - Malaysia Layak Ke Separuh Akhir


Axiata Cup - Malaysia Layak Ke Separuh Akhir | Skuad badminton negara layak ke separuh akhir Kejohanan Badminton Piala Axiata 2013 selepas mengutip empat mata penuh pada perlawanan menentang Vietnam semalam.

Malaysia kini di tangga kedua dengan 18 mata di belakang Indonesia yang mengutip 19 mata. Pada perlawanan akhir pusingan kedua Malaysia akan
bertemu Pilihan Asia.

Bercakap kepada pemberita selepas perlawanan, ketua jurulatih perseorangan negara Rashid Sidek berkata, Malaysia akan memberi saingan terbaik hari ini sekalipun telah layak ke separuh akhir.

"Saya berharap mereka akan memperoleh mata penuh," katanya.

Bagaimanapun kata Rashid, beliau mungkin menggantikan Chong Wei Feng dengan Liew Darren esok bagi mencerahkan peluang Malaysia mengutip mata.

Pada perlawanan hari ini, Malaysia mengutip mata pertama menerusi Sonia Cheah yang mengatasi Vu Thi Trang dengan 21-11, 18-21 dan 21-11.

Rentak kemenangan Malaysia diteruskan Wei Feng yang berjaya mengekang kehebatan Nguyen H N dengan skor 21-16 dan 21-13.

 Beregu campuran kebangsaan Tan Boon Heong dan Lim Yin Loo menyumbang mata ketiga negara apabila mengalahkan Duong Bao Duc dan Thai Thi Hong Gan 22-20, 17-21 dan 21-7.

Malaysia memperoleh mata kemenangan penuh apabila beregu lelaki nombor tujuh negara Tan Wee Keong dan Hoon Thien How menundukkan pasangan Huynh N K dan Bao Minh dengan 21-7 dan 21-12.

Piala Axiata 2013 yang menawarkan hadiah keseluruhan AS$1 juta (RM3.1 juta) disertai lapan pasukan dengan empat yang mengumpul mata tertinggi akan ke separuh akhir.

Juara bakal membawa pulang AS$400,000 (RM1.24 juta) manakala naib juara menerima AS$200,000 (RM620,000).

Pasukan di tempat ketiga dan keempat masing-masing bakal menerima habuan AS$150,000 (RM465,000) dan AS$100,000 (RM310,000). - Bernama


sumber asal
http://www.sinarharian.com.my/sukan/piala-axiata-malaysia-layak-ke-separuh-akhir-1.144528
Tag :

Tunku Ismail Letak Jawatan PBNJ

Tunku Ismail Letak Jawatan PBNJ | Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Idris Sultan Ibrahim mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) berkuat kuasa semalam.

Dalam satu kenyataan kepada media, baginda bertitah, keputusannya itu telah mendapat perkenan daripada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail Sultan Iskandar, dan juga hasil perbincangan bersama Penasihat Undang-undang Negeri Johor.

Tunku Ismail Letak Jawatan PBNJ
gambar dari myMetro
“Keputusan ini saya buat kerana saya merasakan jika saya memegang jawatan sebagai Presiden dan pada masa yang sama, saya juga adalah TMJ, maka amat sukar untuk saya mentadbir urus PBNJ yang sentiasa terikat dengan undang-undang dan peraturan FAM.

“Oleh kerana itu, saya membuat keputusan untuk mentadbir PBNJ sebagai Penaung berkuat kuasa serta-merta mulai hari ini.

“Ini kerana mengikut protokol, saya sebagai TMJ selayaknya memegang jawatan sebagai Penaung dalam PBNJ,” titah baginda.

Titah baginda, menjawat jawatan sebagai Penaung akan membuka lebih banyak ruang dan peluang serta memberi kelebihan kepada dirinya untuk mentadbir urus persatuan dalam pelbagai aspek.

Antaranya, pengurusan kewangan, kebajikan kakitangan PBNJ dan juga para pemain.

“Di samping itu, saya dapat membuat keputusan yang lebih tepat apabila saya memegang jawatan di peringkat tertinggi dalam persatuan ini,” titah baginda.

Sehubungan itu, berkuat kuasa semalam, Tunku Ismail mengumumkan bahawa Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Datuk Obet Tawil dilantik sebagai Presiden PBNJ yang baharu.

“Saya berharap, anda semua dapat memberi sokongan yang penuh kepada beliau dan anda semua tidak perlu risau, kerana saya sentiasa berada di sini bersama anda semua sebagai TMJ,” katanya.

Titah Tunku Ibrahim lagi, baginda akan sentiasa memantau dan mengikuti segala perjalanan dan juga aktiviti bola sepak negeri Johor daripada peringkat akar umbi sehinggalah ke peringkat yang lebih global.

“Saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua penyokong bola sepak negeri Johor di seluruh pelosok tanah air yang mana telah bersusah payah memberi sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada pasukan bola sepak negeri Johor selama ini.

“Sokongan padu daripada anda semua amatlah saya hargai, dan saya harapkan agar ia berterusan sampai bila-bila kerana dengan adanya sokongan anda, pasukan Johor boleh terus gah berdiri di persada bola sepak tanah air,” titah baginda.

Johor DT yang kini sudah mengumpul 19 mata dan Johor FA (22 mata), masing-masing menghuni kedudukan ketiga carta Liga Super dan Premier.



Artikel Penuh:
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0404&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_01.htm
Tag :
 
© SukanDMalaya | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO