Axiata Cup - Malaysia Layak Ke Separuh Akhir

on Wednesday, April 3, 2013


Axiata Cup - Malaysia Layak Ke Separuh Akhir


Axiata Cup - Malaysia Layak Ke Separuh Akhir | Skuad badminton negara layak ke separuh akhir Kejohanan Badminton Piala Axiata 2013 selepas mengutip empat mata penuh pada perlawanan menentang Vietnam semalam.

Malaysia kini di tangga kedua dengan 18 mata di belakang Indonesia yang mengutip 19 mata. Pada perlawanan akhir pusingan kedua Malaysia akan
bertemu Pilihan Asia.

Bercakap kepada pemberita selepas perlawanan, ketua jurulatih perseorangan negara Rashid Sidek berkata, Malaysia akan memberi saingan terbaik hari ini sekalipun telah layak ke separuh akhir.

"Saya berharap mereka akan memperoleh mata penuh," katanya.

Bagaimanapun kata Rashid, beliau mungkin menggantikan Chong Wei Feng dengan Liew Darren esok bagi mencerahkan peluang Malaysia mengutip mata.

Pada perlawanan hari ini, Malaysia mengutip mata pertama menerusi Sonia Cheah yang mengatasi Vu Thi Trang dengan 21-11, 18-21 dan 21-11.

Rentak kemenangan Malaysia diteruskan Wei Feng yang berjaya mengekang kehebatan Nguyen H N dengan skor 21-16 dan 21-13.

 Beregu campuran kebangsaan Tan Boon Heong dan Lim Yin Loo menyumbang mata ketiga negara apabila mengalahkan Duong Bao Duc dan Thai Thi Hong Gan 22-20, 17-21 dan 21-7.

Malaysia memperoleh mata kemenangan penuh apabila beregu lelaki nombor tujuh negara Tan Wee Keong dan Hoon Thien How menundukkan pasangan Huynh N K dan Bao Minh dengan 21-7 dan 21-12.

Piala Axiata 2013 yang menawarkan hadiah keseluruhan AS$1 juta (RM3.1 juta) disertai lapan pasukan dengan empat yang mengumpul mata tertinggi akan ke separuh akhir.

Juara bakal membawa pulang AS$400,000 (RM1.24 juta) manakala naib juara menerima AS$200,000 (RM620,000).

Pasukan di tempat ketiga dan keempat masing-masing bakal menerima habuan AS$150,000 (RM465,000) dan AS$100,000 (RM310,000). - Bernama


sumber asal
http://www.sinarharian.com.my/sukan/piala-axiata-malaysia-layak-ke-separuh-akhir-1.144528

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© SukanDMalaya | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO