Azam Darren Liew bantu skuad Piala Thomas

on Tuesday, January 24, 2012

Darren+liew+berazam+bantu+skuad+negara


KUALA LUMPUR - Pemain perseorangan negara, Liew Daren berazam untuk membantu skuad badminton negara melepasi pusingan kelayakan Piala Thomas yang akan berlangsung di Macau dari 14 hingga 19 Feb ini.

Anak jati Kuala Lumpur berusia 24 tahun itu berkata, sambutan Tahun Baru Cina tahun ini akan lebih bermakna kepada beliau sekiranya berjaya memungut mata untuk skuad badminton kebangsaan bagi meraih tempat ke pusingan akhir Piala Thomas yang bakal berlangsung di Wuhan, China dari 20 hingga 27 Mei depan.

"Sekurang-kurangnya dapat satu mata untuk skuad negara sudah cukup bagus tetapi kalau dapat bantu negara melayakkan diri ke China, ia merupakan satu kejayaan terbesar dalam karier saya," katanya kepada Bernama, hari ini.

Selain Daren, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) turut menyandarkan harapan kepada pemain No 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei, Muhammad Hafiz Hashim dan Mohd Arif Latif dalam perseorangan lelaki.

Cabaran negara dalam acara beregu lelaki negara akan diketuai oleh bekas pasangan No 1 dunia, Koo Kien Keat/Tan Boon Heong, Goh Wei Shem/Lim Khim Wah dan Hoon Thien How/Teo Kok Siang.
 
Mengenai kedudukan ranking beliau pada tangga ke-45 dunia ketika ini, pemain tersebut menyasarkan untuk memperbaiki kedudukan beliau pada tahap yang lebih baik.

"Tahun ini sebenarnya lebih kepada mendapatkan mata ranking tetapi sekiranya saya dapat memperbaiki kedudukan, saya boleh bermain terus di pusingan pertama tanpa melalui pusingan kelayakan pada mana-mana kejohanan yang saya sertai," katanya.

Antara pencapaian terbaik yang diraih beliau tahun lepas ialah mengejutkan pemain utama Indonesia Simon Santoso pada pusingan pertama GP Indonesia selain menewaskan pemain senior Korea Selatan, Lee Hyun Il pada pusingan kedua Terbuka Taiwan.

Kali terakhir skuad badminton kebangsaan meraih Piala Thomas ialah pada 1992 selepas menewaskan Indonesia 3-2 di Kuala Lumpur. - Bernama

#Semoga prestasi beliau semakin baik ketika Piala Thomas kini kelihatan semakin jauh dari gengaman dan pandangan kita semua.....
Tag :

Micheal Owen Bakal Dijual - MU fan okeh ker?

Bagi peminat bolasepak EPL, mungkin berita paling hangat adalah berkenaan dengan Micheal Owen yang bakal dijual kepada kelab bawahan liga iaitu Brighton. Peminat MU pastinya terkejut dengan berita ini, kerana Owen juga dikenali sebagai salah seorang supersub bagi kelab tersebut. Apapun meh kita baca info tersebut....

BRIGHTON: Kelab Divisyen Dua, Brighton dikatakan telah membuat tawaran kepada Manchester United untuk membeli penyerang simpanan mereka, Michael Owen.

Kelab tersebut yang kini dilatih oleh bekas penyerang Chelsea, Gus Poyet bercita-cita besar untuk menyertai Liga Perdana musim depan dan mereka percaya Owen mampu melonjakkan peluang tersebut.

Akhbar The Sun UK dalam laporan eksklusifnya pada Selasa berkata, United sedang menimbang permintaan tersebut dan bersedia melepaskan Owen pada harga perpindahan yang minima kerana mereka memperolehi khidmat bekas penyerang England berusia 32 tahun itu secara percuma dari Newcastle United pada 2009.

Peluang Owen untuk beraksi dalam kesebelasan utama skuad United semakin tipis dengan kemunculan Danny Welbeck sebagai gandingan utama Wayne Rooney.

Selain Welbeck, lain-lain penyerang United terdiri daripada Javier Hernandez dan Dimitri Berbatov.

Manchester United baru sahaja melepaskan seorang lagi penyerang iaitu Macheda secara pinjaman kepada Queen ParkRangers.

Sehingga kini, Micheal Owen hanya memulakan 18 perlawanan bersama United tetapi bermain sebagai pemain gantian sebanyak 34 kali dan menjaringkan 17 gol

kredit - mstar online
Tag :

Zulfahmi Khairuddin - Musim 2012 di MotoGp

on Sunday, January 22, 2012

Cuma nak upload gambar Zulfahmi Khairuddin, salah seorang pelumba muda dari Malaysia yang akan bertarung di MotoGp 250 tahun ini [2012]. Semua rakyat Malaysia pasti akan ternanti2 persembahan beliau pada tahun ini.

SDM berharap untuk musim 2012 ini, Zulfahmi akan melakukan yang terbaik demi nama negara Malaysia tercinta. Adioss Zulfahmi.Malaysia Bolehh!!!









Tag :

Keputusan Bolasepak Liga Super 2012

KUALA LUMPUR - Berikut keputusan perlawanan bola sepak Liga Super dan satu perlawanan Liga Perdana yang diadakan malam ini [22/01/2012]:Keputusan Bolasepak Liga Super 2012
LIGA SUPER:
 
Kuala Lumpur 1-1 Selangor PKNS
Sabah 0-1 Lions XII
Selangor 0-0 Sarawak
Johor FC 0-1 Perak
N.Sembilan 1-0 Felda United
Terengganu 2-1 T-Team

LIGA PERDANA:

Sime Darby 2-1 ATM
Tag :

4 Kelab Berminat Dengan Safee Sali

on Friday, January 20, 2012

4 Kelab Berminat Dengan Safee Sali


KETIKA perbincangan kontrak baru Mohd Safee Sali bersama kelab Pelita Jaya FC belum mencapai kata putus, empat pasukan tempatan cuba memancing penyerang Harimau Malaya itu untuk membawanya kembali beraksi di Liga Malaysia.


Perkembangan terbaru itu disahkan pengurus Safee, Zakaria Abd Rahim yang menyatakan bahawa segala tawaran yang dikemukakan akan dipertimbangkan sebaik mungkin sebelum keputusan dibuat selewat-lewatnya minggu depan sebelum kontrak Safee dengan Pelita Jaya tamat 31 Januari ini.

“Setakat ini ada empat pasukan Liga Malaysia yang berminat mengambil Safee tapi saya meminta mereka mengemukakan tawaran rasmi terlebih dulu,” katanya kepada pemberita pada majlis penyerahan tajaan Mister Potato kepada Muhammad Ariff Zulkifli yang akan menjalani ujian percubaan di Akademi Bola Sepak Ole New Zealand 1 Mac ini.




Difahamkan dua pasukan dari Selatan tanah air, satu dari Pantai Timur dan satu di Lembah Klang mula mengintai peluang untuk mendapatkan khidmat Safee bagi memperkuatkan cabaran dalam kempen Liga-M.

Zakaria bagaimanapun mengaku, hingga kini hanya Pelita Jaya yang menawarkan tawaran lebih komprehensif berbanding pasukan lain termasuk satu kelab dari Thailand, Muang Thong United.


“Muang Thong ada memberikan tawaran yang jelas tapi beberapa pasukan lain hanya sekadar bertanya kedudukan Safee. Tapi yang pasti Pelita Jaya memberikan tawaran lebih komprehensif kerana mereka mengambil kira masa depan Safee di sana.





“Pelita Jaya menawarkan kontrak tiga tahun kepada Safee sebaliknya Safee hanya berminat dengan kontrak selama setahun, itulah perkara yang dibincangkan kedua-dua pihak. Saya akan ke Indonesia minggu depan untuk membincangkan tawaran itu dan kemudian barulah keputusan akan diumumkan,” jelasnya.

Bagaimanapun beliau menolak tanggapan bahawa Safee, 28 perlu kembali semula ke tanah air memandangkan kemelut dalaman Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) yang kemungkinan boleh menyebabkan pemain negara itu tidak dapat menyarung jersi Malaysia.




Katanya, Safee yang hampir setahun di Pelita Jaya masih bersemangat untuk bersama kelab Liga Super Indonesia itu tambahan pula baru saja mendapat bimbingan jurulatih baru, Rahmad Darmawan iaitu bekas jurulatih skuad bawah 23 Indonesia.
Tag :

9 Pemain Perlis Akan DiTemui SPRM

9 Pemain Perlis Akan DiTemui SPRM
Kebanyakan paper online hari ini melaporkan kes/isu 9 pemain Perlis yang didakwa telah menemui bookie sebelum perlawanan bertemu dangan Majlis Perbandaran Muar tempoh hari. SPRM dikatakan akan menemui 9 pemain itu dalam masa terdekat setelah pertemuan dengan PFA (Persatuan Bolasepak Perlis).

Dalam aksi Perlis menentang PPM, Perlis telah diibelasah dengan 7 gol. Berikutan itu pihak PFA telah bertemu dengan para pemain dan mengadakan "post mortem". Hasil dari pertemuan itu, pihak PFA dikatakan telah diberitahu mengenai pertemuan 9 pemain dengan seorang bookie sehari sebelum perlawanan.

Pihak SDM berharap kesemua para pemain Perlis tersebut bebas tanpa melakukan perbuatan yang boleh mencemarkan maruah bolasepak negara. Majulah sukan untuk negara.
Tag :

Skuad Hoki Olimpik Negara, Bersediakah Anda?

Imbasan kekalahan skuad hoki Malaysia kepada China tempohhari

Skuad Hoki Olimpik Negara, Bersediakah Anda?
Kami harap, keputusan perlawanan hari tu bukanlah ukuran buat skuad hoki negara yang sedang bersiap sedia didalam kelayakan ke Sukan Olimpik 2012 di London. Kami tetap yakin dengan kemampuan skuad hoki negara untuk melepasi kelayakan tersebut. Diharap, para pemain tidak tertekan dan terlalu gusar dengan perlawanan persahabatan yang lalu. Bravo Hoki Negara!!! Ngaumkan suara Harimau Malaya!!!!


DUBLIN, Ireland mungkin bakal mencatat sejarah terhapusnya badi skuad hoki negara untuk layak ke Sukan Olimpik London sejak edisi 2000 di Sydney Australia, namun Dublin juga bakal menyaksikan kemungkinan impian itu terus tinggal impian saja. Tinggal kurang tiga bulan sebelum bermulanya pusingan kelayakan Sukan Olimpik di negara itu, seolah-olah tiada sentuhan magis yang boleh meyakinkan peminat skuad negara sudah bersedia dalam erti kata sebenar bagi menghadapi tugasan paling besar tahun ini.

Terbaru, rekod tiga kemenangan dan dua kali tewas kepada China menerusi lima siri perlawanan persahabatan bersama negara Tembok Besar itu sebenarnya agak menggusarkan kerana tidak sepatutnya anak buah Tai Beng Hai kecundang dua kali meskipun ia sekadar perlawanan persahabatan. Malah Sultan Perak, Sultan Azlan Shah yang juga bekas Presiden Persekutuan Hoki Malaysia, hadir ke Stadium Hoki Bukit Jalil pada perlawanan keempat untuk menyaksikan aksi skuad negara sebelum meluahkan rasa tidak puas hatinya kepada pengurusan skuad negara selepas tamat perlawanan.

Beng Hai mungkin mempunyai penjelasan tersendiri, namun beliau juga perlu menerima hakikat bukan alasan yang mahu didengar peminat, sebaliknya keputusan memberangsangkan dicapai pada setiap perlawanan.

“Walaupun ia hanya perlawanan persahabatan, bagi saya pemain perlu ada sikap sentiasa mahu menang. Lihat bagaimana pasukan Eropah seperti Jerman yang tidaklah bermain 100 peratus ketika perlawanan persahabatan tapi dengan sikap positif seperti ini, mereka sentiasa mencatat kemenangan. “Saya tidak tahu perancangan sebenar pengurusan tapi kalau keputusan perlawanan bertemu China sama seperti pusingan kelayakan Sukan Olimpik, kita mungkin tersingkir awal,” kata bekas pemain negara, Mohamad Abdul Hadi.

Tanpa berselindung, Mohamad juga tidak mengetepikan rasa bimbang melihat perkembangan semasa skuad negara yang pada anggapannya belum mencapai prestasi terbaik untuk beraksi di pusingan kelayakan Sukan Olimpik. “Beraksi di pusingan kelayakan bukan mudah. Di sana anda memerlukan tahap tumpuan dan keyakinan yang cukup tinggi. Saya fikir jurulatih perlu menerapkan rasa yakin dalam diri setiap pemain, bukan sekadar sentiasa berlatih di padang saja,” katanya yang beraksi di Sukan Olimpik Barcelona 1992.

Sementara itu, bekas pakar pukulan sudut penalti negara, S Kuhan berpendapat, skuad negara tidak boleh melepaskan peluang terhidang untuk layak ke Sukan Olimpik London kerana selain Korea Selatan dan Ireland, Malaysia dijangka tidak berdepan cabaran lebih sukar.

“Saya seperti peminat hoki lain tentunya mahu melihat skuad kita layak ke Olimpik. Tetapi untuk beraksi di pusingan kelayakan, pemain perlu mempamerkan tahap keyakinan tinggi,” katanya yang beraksi pada dua temasya Sukan Olimpik iaitu 1996 di Atlanta, Amerika Syarikat dan edisi Sydney, Australia empat tahun selepas itu.
Tag :

Penyertaan Datuk Lee Chong Wei dalam skuad Piala Thomas 2012

Kali ini berita mengenai jaguh no 1 negara, Datuk Lee Chong Wei. Berita mengenai penyartaan beliau didalam skuad Piala Thomas 2012. Pastinya kita semua mengharapkan hasil yang terbaik lagi dari beliau. Meskipun sebenarnya kita sendiri sedari yang skuad kali ini adalah skuad yang tidak ada harapan didalam Piala Thomas 2012.

Penyertaan jaguh badminton kebangsaan, Datuk Lee Chong Wei dalam skuad Piala Thomas 2012 negara dikatakan tidak mengganggu persediaan pemain nombor satu dunia itu untuk menghadapi temasya Olimpik London Julai ini.Sebaliknya, Setiausaha Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Ng Chin Chai berkata, penyertaan Chong Wei dalam kejohanan Piala Thomas di Macau bulan depan merupakan sebahagian daripada program latihan yang disusun untuknya.

“Piala Thomas akan membantu dia menghadapi Olimpik,” katanya kepada Bernama, semalam. Beliau berkata, keputusan tersebut dibuat Exco BAM dalam mesyuarat minggu lalu dan nama Chong Wei juga sudah didaftar untuk kejohanan Piala Thomas. Beberapa pihak sebelum ini mempersoal pembabitan atlet harapan negara itu dalam kejohanan Piala Thomas kerana fokus utama ialah meraih emas di London. Skuad Piala Thomas negara kali ini turut dikatakan lemah dan berkemungkinan tidak mampu untuk melepasi pusingan kelayakan.

Barisan negara yang bakal menggalas cabaran di Macau nanti termasuk pemain perseorangan Muhammad Hafiz Hashim, Liew Daren dan Mohd Arif Abdul Latif serta pasangan beregu Koo Kien Keat-Tan Boon Heong, Goh V Shem-Lim Khim Wah dan Hoon Thien How-Teo Kok Siang. Menurut Chin Chai, Chong Wei mempunyai masa mencukupi untuk membuat persediaan ke Olimpik, malah bilangan kejohanan lain yang bakal disertainya akan dikurangkan. “Kami di BAM akan melakukan segala-galanya untuk menyediakannya (Chong Wei) menghadapi Olimpik,” katanya. Selain membantu skuad Piala Thomas negara, Chong Wei turut menyertai kejohanan All England, Mac ini.

Sumber - My Metro
Tag :

Jadual Perlawanan Liga Super Malaysia 2012

Ini adalah Jadual Perlawanan bagi Liga Super Malaysia 2012 adalah seperti dibawah, update keputusan juga akan dibuat secara terus selepas perlawanan berakhir.



JUMAAT 20.01.2012
Kedah lwn Kelantan (Std Darul Aman, 8.45mlm)
Updated: Kelantan menang dgn 3 gol. [3-0]
SABTU 21.01.2012
Selangor lwn Sarawak (Std Nasional, 845mlm)
N Sembilan lwn Felda United (Std Tuanku Abdul Rahman, Paroi, 8.45mlm)
Kuala Lumpur lwn PKNS FC (Std Hang Jebat 4.45ptg)
Sabah lwn Lions XII (Std Likas, 8.15mlm)
Terengganu lwn T-Tea, (Std Sultan Ismail Nasiruddin, 8.45mlm)
Johor FC lwn Perak (Std MP Pasir Gudang ,8.45mlm)
Tag :
 
© SukanDMalaya | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO