Micheal Owen Bakal Dijual - MU fan okeh ker?

on Tuesday, January 24, 2012

Bagi peminat bolasepak EPL, mungkin berita paling hangat adalah berkenaan dengan Micheal Owen yang bakal dijual kepada kelab bawahan liga iaitu Brighton. Peminat MU pastinya terkejut dengan berita ini, kerana Owen juga dikenali sebagai salah seorang supersub bagi kelab tersebut. Apapun meh kita baca info tersebut....

BRIGHTON: Kelab Divisyen Dua, Brighton dikatakan telah membuat tawaran kepada Manchester United untuk membeli penyerang simpanan mereka, Michael Owen.

Kelab tersebut yang kini dilatih oleh bekas penyerang Chelsea, Gus Poyet bercita-cita besar untuk menyertai Liga Perdana musim depan dan mereka percaya Owen mampu melonjakkan peluang tersebut.

Akhbar The Sun UK dalam laporan eksklusifnya pada Selasa berkata, United sedang menimbang permintaan tersebut dan bersedia melepaskan Owen pada harga perpindahan yang minima kerana mereka memperolehi khidmat bekas penyerang England berusia 32 tahun itu secara percuma dari Newcastle United pada 2009.

Peluang Owen untuk beraksi dalam kesebelasan utama skuad United semakin tipis dengan kemunculan Danny Welbeck sebagai gandingan utama Wayne Rooney.

Selain Welbeck, lain-lain penyerang United terdiri daripada Javier Hernandez dan Dimitri Berbatov.

Manchester United baru sahaja melepaskan seorang lagi penyerang iaitu Macheda secara pinjaman kepada Queen ParkRangers.

Sehingga kini, Micheal Owen hanya memulakan 18 perlawanan bersama United tetapi bermain sebagai pemain gantian sebanyak 34 kali dan menjaringkan 17 gol

kredit - mstar online

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© SukanDMalaya | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO