Penyertaan Datuk Lee Chong Wei dalam skuad Piala Thomas 2012

on Friday, January 20, 2012

Kali ini berita mengenai jaguh no 1 negara, Datuk Lee Chong Wei. Berita mengenai penyartaan beliau didalam skuad Piala Thomas 2012. Pastinya kita semua mengharapkan hasil yang terbaik lagi dari beliau. Meskipun sebenarnya kita sendiri sedari yang skuad kali ini adalah skuad yang tidak ada harapan didalam Piala Thomas 2012.

Penyertaan jaguh badminton kebangsaan, Datuk Lee Chong Wei dalam skuad Piala Thomas 2012 negara dikatakan tidak mengganggu persediaan pemain nombor satu dunia itu untuk menghadapi temasya Olimpik London Julai ini.Sebaliknya, Setiausaha Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Ng Chin Chai berkata, penyertaan Chong Wei dalam kejohanan Piala Thomas di Macau bulan depan merupakan sebahagian daripada program latihan yang disusun untuknya.

“Piala Thomas akan membantu dia menghadapi Olimpik,” katanya kepada Bernama, semalam. Beliau berkata, keputusan tersebut dibuat Exco BAM dalam mesyuarat minggu lalu dan nama Chong Wei juga sudah didaftar untuk kejohanan Piala Thomas. Beberapa pihak sebelum ini mempersoal pembabitan atlet harapan negara itu dalam kejohanan Piala Thomas kerana fokus utama ialah meraih emas di London. Skuad Piala Thomas negara kali ini turut dikatakan lemah dan berkemungkinan tidak mampu untuk melepasi pusingan kelayakan.

Barisan negara yang bakal menggalas cabaran di Macau nanti termasuk pemain perseorangan Muhammad Hafiz Hashim, Liew Daren dan Mohd Arif Abdul Latif serta pasangan beregu Koo Kien Keat-Tan Boon Heong, Goh V Shem-Lim Khim Wah dan Hoon Thien How-Teo Kok Siang. Menurut Chin Chai, Chong Wei mempunyai masa mencukupi untuk membuat persediaan ke Olimpik, malah bilangan kejohanan lain yang bakal disertainya akan dikurangkan. “Kami di BAM akan melakukan segala-galanya untuk menyediakannya (Chong Wei) menghadapi Olimpik,” katanya. Selain membantu skuad Piala Thomas negara, Chong Wei turut menyertai kejohanan All England, Mac ini.

Sumber - My Metro

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© SukanDMalaya | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO