Barcelona Vs Harimau Malaya 10 Ogos 2013

on Wednesday, April 3, 2013

Barcelona Vs Harimau Malaya 10 Ogos 2013

Barcelona Vs Harimau Malaya 10 Ogos 2013 | Kelab terkemuka dunia Sepanyol, Barcelona bakal berkunjung ke negara ini buat kali pertama selepas Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) akur dengan tarikh asal 10 Ogos untuk menentang Harimau Malaya biarpun berlangsung ketika umat Islam menyambut perayaan Aidilfitri.

Biarpun FAM sebelum ini menyuarakan rasa kurang senang dengan tarikh itu yang jatuh pada Hari Raya ketiga, namun badan induk bola sepak tanah air itu menganggap mereka tidak boleh melepaskan peluang keemasan buat pasukan negara menguji kehebatan juara Eropah empat kali itu yang memiliki ramai pemain bintang termasuk pemain terbaik dunia Lionel Messi.

Setiausaha Agung FAM Datuk Azzuddin Ahmad berkata, persetujuan kedua-dua pihak itu dicapai hasil perbincangan bulan lalu dan menganggap tarikh itu tidak menjejaskan fokus pemain negara meskipun sebahagian besar beragama Islam.

“Keputusan sudah dicapai kedua-dua pihak mengenai perlawanan persahabatan Jelajah Asia Barcelona. FAM ingin memaklumkan tiada sebarang perubahan tarikh perlawanan, ia tetap akan diadakan pada 10 Ogos.

“Seperti yang kita tahu ia bukan perlawanan biasa dan peluang menentang Barcelona satu kebanggaan buat Harimau Malaya,” katanya.

Keputusan itu juga agak mengejutkan kerana selain tarikh yang dianggap tidak sesuai itu, FAM turut menyatakan kekesalan mengenai cara penganjur Jelajah Asia Barcelona itu yang lambat mengadakan rundingan apabila hanya dimaklumkan menerusi laporan media tempatan.

Malah berita mengenai kunjungan anak buah Tito Vilanova ke Malaysia terlebih dulu disiarkan di laman web rasmi kelab Catalan itu sedangkan FAM langsung tidak tahu menahu mengenainya.

Mengikut laporan awal, Barcelona yang kini menduduki tangga teratas La Liga bakal berada di ibu negara selepas beraksi di Shanghai, China (4 Ogos) dan Bangkok, Thailand tiga hari kemudian sempena Jelajah Asia 2013.

Kehadiran Barcelona ini menjadikan dua perlawanan besar menanti skuad kendalian Datuk K Rajagobal yang sebelum itu bermain menentang kelab gergasi Inggeris Chelsea pada perlawanan persahabatan di Stadium Shah Alam, 21 Julai ini.

Sementara itu, Azzuddin turut mengesahkan rancangan skuad kebangsaan Belanda untuk menentang Harimau Malaya tidak dapat diadakan seperti dirancang.

“Bagi pertemuan menentang skuad The Oranje, FAM dukacita mengumumkan ia terpaksa dibatalkan disebabkan masalah tertentu.”


Barcelona Vs Harimau Malaya 10 Ogos 2013
sumber asal
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/FAMakuraksiHariRayaketiga/Article/index_html

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© SukanDMalaya | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO