Radojko Avramovic Jurulatih Terbaik AFF 2012

on Wednesday, April 3, 2013


Avramovic Jurulatih Terbaik AFF 2012

Radojko Avramovic Jurulatih Terbaik AFF 2012 | Radojko Avramovic telah dipilih mengatasi jurulatih Harimau Malaya Datuk K Rajagobal, Winfried Anton Schafer (Thailand) dan Hans Michael Weiss (Filipina) dalam pemilihan Jurulatih Terbaik AFF 2012 semalam.

Prestasi cemerlang membawa Singapura menjuarai Piala AFF membolehkan jurulatih Radojko Avramovic dinobat Jurulatih Terbaik AFF 2012 pada Majlis Gala Anugerah Persekutuan Bola sepak ASEAN (AFF) yang berlangsung di Hyatt Regency Resort.

Dalam pada itu, kapten Singapura Mohammad Shahril turut menerima undian terbanyak panel pemilihan dan dianugerah Pemain Terbaik AFF.

Pemain berusia 29 tahun itu mengatasi tiga calon lain iaitu penyerang Thailand Teerasil Dangda, Emelio Asada Caligdong dari Filipina dan Kyi Lin (Myanmar).

Singapura juga membolot anugerah ketiga apabila dipilih Pasukan Kebangsaan Terbaik.

Malaysia pula hanya boleh berbangga dengan pencapaian kapten Harimau Malaya Safiq Rahim yang terpilih dalam Kesebelasan Tebaik AFF 2012 yang didominasi lima pemain Thailand dan tiga pemain Singapura manakala satu masing-masing dari Vietnam dan Myanmar.

Sementara itu pengadil wanita negara Widiya Habibah Shamsuri diumum Pembantu Pengadil Terbaik Wanita.

Pada majlis itu juga, Presiden AFF yang juga Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Sultan Ahmad Shah menerima anugerah khas iaitu Anugerah Muhibah Asean manakala bekas Presiden AFF Tengku Ahmad Rithauddeen pula menerima anugerah Perkhidmatan Sepanjang Hayat.



sumber asal
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/AvramovicjurulatihTerbaikAFF2012/Article/index_html

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© SukanDMalaya | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO