Tahniah...tahniah kepada pelumba basikal Malaysia. Semangat, usaha telah berjaya membuahkan hasil DSM berharap mereka akan terus cemerlang demi nama negara kita Malaysia. - Sumber Kosmo
|
BARISAN pelumba negara menunjukkan pingat perak dan gangsa yang dimenangi mereka dalam Kelas B Elit Lelaki di Putrajaya semalam. |
MALAYSIA meraih empat pingat menerusi acara lebuh raya lelaki termasuk sebutir kilauan perak yang dihadiahkan Mohd. Khairul Hazwan Wahab dan Khairul Naim Azhar pada hari pertama Kejohanan Lumba Basikal Para Asia 2012 (APC 2012 di Putrajaya semalam.
APC 2012 yang pertama kali diadakan oleh Persekutuan Berbasikal Asia (ACC) hampir menyaksikan Malaysia selaku tuan rumah meraih kilauan emas menerusi acara Kelas B Elit Lelaki, namun kepintaran pelumba Korea Selatan, Kim Jong Giu dan Kong Minwoo menyaksikan mereka lebih awal melepasi garisan penamat perlumbaan.
Perlumbaan semalam sejauh 80.4 kilometer menyaksikan tiga pasangan Malaysia berjaya mendominasi saingan, namun kesilapan taktikal sekadar menyaksikan Khairul Hazwan dan Khairul Naim menamatkan perlumbaan dengan masa 2 jam 7 minit 10 saat - keciciran dua saat di belakang pelumba Korea Selatan.
Namun Khairul Naim tetap berbangga biarpun tewas pada henjutan terakhir kerana pasangan Korea Selatan itu merupakan pelumba yang sangat berpengalaman.
"Mereka sudah lebih 10 tahun terlibat dalam dunia basikal para. Sedangkan kita baharu saja beberapa tahun berkayuh secara serius dalam dunia basikal para. Pencapaian ini sangat baik kepada sukan basikal para Malaysia.
"Saya tetap bangga dengan pingat perak. Kalau ikutkan hati memang teringinkan pingat emas. Namun pelumba Korea Selatan bukan calang-calang pesaing," katanya semalam.
Pertarungan Kelas B Elit Lelaki turut menyaksikan Malaysia mengutip pingat gangsa menerusi Saiful Izwan Yusop dan Mohd. Nur Syafiq Suhaimy yang menamatkan perlumbaan dengan catatan masa yang sama dengan Khairul Hazwan serta Khairul Naim.
Kilauan gangsa turut disumbangkan oleh Mohd. Sabki Ariffin menerusi acara Kelas C4 Elit lelaki yang mencatat masa 1:31:07s - keciciran 6:24s di belakang pemenang emas iaitu Golbarnezhad Bahman yang merakam masa 1:24:43s.
Mohd. Saifuddin Rosli turut meneruskan kecemerlangan tuan rumah apabila berjaya menaiki podium dalam acara Kelas C2-C3 Elit Lelaki dengan catatan masa 1:31:10s - keciciran hampir 11 minit di belakang pemenang dari Filipina, Bucay Arthus.
{ 1 comments... read them below or add one }
facebook,com
March 13, 2021 at 1:45 AM
Post a Comment