Honda Pilih Azlan,Emir dan Zaqhwan - Kejuaraan Motosikal FIM Petronas 2012

on Saturday, February 4, 2012



PELUMBA Cub Prix Malay­sia, Azlan Shah Kamaruzaman, Mohd Emir Fridaus Hasan dan Mohd Zaqhwan Zaidi menerima pengiktirafan Honda Motor Co, Japan yang turut disenaraikan bagi menghadapi Kejuaraan Motosikal FIM Asia Petronas 2012.
Ketiga-tiga mereka akan menyertai pelumba handalan Kejuaraan Superbike British, Ryouichi Kiyonar, sekaligus diletakkan dalam senarai pelumba rasmi Honda.
 
“Projek ini akan menjadi sebahagian daripada kejohanan ini yang akan memilih pelumba-pelumba daripada 12 negara Asia dan Oceania, bagi melahirkan pelumba Grand Prix di masa akan datang,” katanya dalam satu kenyataan semalam.
 
Honda akan membekalkan jentera mengikut spesifikasi perlumbaan berdasarkan model pasaran seluruh dunia, CBR250R dan turut meletakkan bekas pelumba MotoGP, Makoto Tamada pada setiap perlumbaan untuk memberi nasihat dan tunjuk ajar kepada pelumba-pelumba muda ini.


# Tahniah dari SDM kepada mereka bertiga. Satu pengkitirafan daripada pembuat motorsikal terkenal didunia, iaitu Honda Semoga Malaysia terus berjaya dalam menghasilkan pelumba yang cemerlang di MotoGp nanti. Kredit to SinarHarian Online.

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© SukanDMalaya | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO