Nicol Juara Lagi - Cleveland Racquet Club,Ohio

on Saturday, February 4, 2012

Nicol-juara-cleveland

KUALA LUMPUR - Jaguh nombor satu dunia Datuk Nicol Ann David memenangi gelaran sulung Kejohanan Skuasy Cleveland Classic selepas menumpaskan bintang England Laura Massaro pada perlawanan akhir di Ohio, Amerika Syarikat, pagi tadi.


Dalam perlawanan di Cleveland Racquet Club, Ohio, Nicol bagaimanapun dikejutkan 7-11 pada set pembukaan.


Nicol, 28, yang membuka tirai 2012 dengan menjuarai Siri Dunia pertama di London, awal bulan lalu, bangkit semula 12-10, 11-7 dan 11-8 untuk menebuskan kekecewaan kepada pemain nombor empat dunia itu pada final sama tahun lepas.


Pemain kelahiran Pulau Pinang itu menempah tiket perlawanan akhir dengan menyingkirkan pemain nombor tiga dunia, Madeline Perry 11-3, 11-4, 11-6 pada saingan separuh akhir.


Manakala Massaro, pemain pilihan ketiga kejohanan, hanya mengambil masa 28 minit untuk melangkah ke final apabila menumpaskan pemain bukan pilihan tuan rumah, Amanda Sobhy, 11-9, 11-5, 11-6. - Bernama


#Woww...tabik buat Datuk Nicol David kerana berjaya lagi menjuarai dan menambah koleksi kemenangan untuk diri beliau dan juga mengharumkan nama negara. Seorang ikon sukan Malaysia yang paling cemerlang di dekad ini. Tahniah dari SDM sekali lagi.

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© SukanDMalaya | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO