Skuad hoki negara yang sedang bermain dalam perlawanan persahabatan di Australia akhirnya berjaya menjelmakan kemenangan dan sinar buat Malaysia. Kemenangan itu sekurang-kurangnya memberi petanda bahawa strategi dan potensi pemain kita masih boleh ditingkatkan lagi. DSM berharap mereka berjaya memperoleh pengalaman berharga ketika disana.
Sumber - MyMetroSKUAD hoki negara mencatat kemenangan 2-1 ke atas Belanda pada siri perlawanan terakhir di Perth semalam sekali gus kemenangan itu mengubat kekecewaan selepas dibelasah Australia 8-1 pada perlawanan keempat sebelum ini.Meskipun tanpa tonggak utama, Razie Rahim yang direhatkan selepas mengalami kecederaan pada perlawanan ketiga menentang Australia sehingga dikejarkan ke hospital, ia tidak menjejaskan rentak permainan skuad bimbingan Tai Beng Hai.
Azlan Misron yang agak tenggelam sejak kebelakangan ini, membuktikan sentuhannya masih berbisa apabila menjaringkan gol pertama skuad negara menerusi pukulan sudut penalti, namun Belanda berjaya menyamakan kedudukan menerusi Van Werden.Penyerang sensasi negara, Faizal Saari memastikan kemenangan skuad negara apabila menyempurnakan pukulan sudut penalti pada separuh masa kedua.
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment