Gamaknya akibat bosan dengan persembahan awang import mereka yang sama taraf dengan pemain tempatan, Pahang dikatakan bersedia menamatkan khidmat pemain dari Ghana itu dan digantikan dengan 2 orang pemain dari negara Russia. Andainya berita itu benar, ianya pasti satu khabar yang menggembirakan peminat Tok Gajah.
Sumber - Utusan MalaysiaKUALA LUMPUR - Sekian lama bersabar dengan persembahan kelas ketiga bintang importnya, Nana Yaw Agyei, akhirnya jurulatih Pahang, Dollah Salleh, memberi bayangan kontrak pemain import Ghana itu berkemungkinan besar akan ditamatkan lebih awal.
Jelas Dollah, dia akan memberi peluang terakhir kepada Nana untuk menyerlah menjelang pertemuan dengan Johor di Stadium Majlis Perbandaran Temerloh, Selasa ini dan jika masih gagal, Nana boleh mengucapkan selamat tinggal kepada skuad Tok Gajah.
''Hasil perbincangan dengan pihak pengurusan, kami mencapai kata sepakat untuk menamatkan kontraknya lebih awal jika gagal menyerlah dalam perlawanan menentang Johor (esok).
''Saya akan berjumpa dengan Nana dan ejennya kerana jika kami mahu menamatkan kontraknya, banyak perkara perlu dibincangkan terutama sekali pampasan.
''Memang saya agak kecewa dengan persembahan dia kerana telah diberikan banyak peluang tetapi gagal memberikan impak," katanya.
Sebagai ganti, Dollah telah membayangkan kemungkinan akan menggunakan khidmat dua pemain dari Rusia yang bermain di posisi penyerang dan tengah.
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment