As salamualaikum dan salam sejahter semua.
Keputusan perlawanan Malaysia vs Bahrain pada malam ini [05/02/2012] di National Stadium Manama untuk Kelayakan Olimpik London 2012pada separuh masa pertama ialah 1-0. Penguasaan bola lebih kepada pasukan Bahrain, pasukan Malaysia lebih banyak berkubu di kawasan sendiri sehinggalah kita ditembusi 1 gol oleh pemain no 10 [Mohammad Allalawi].
Beberapa cubaan turut dilakukan oleh pasukan Malaysia. Paling hampir ialah cubaan Ahmad Shakir Ali yang berjaya melepasi perangkap off side, namun beliau gagal menyempurnakan peluang keemasan yang terhidang itu. Gurusamy dikeluarkan pada saat terakhir separuh masa pertama....pemain muda negara Nazmi Faiz Mansor diberi peluang untuk memperkuatkan skuad muda negara. Pasukan Malaysia lambat panas...hujung2 baru nak dapat rentak.
Separuh masa kedua, Malaysia seakan mula mendapat rentak dan mula mengatur gerakan. Seorang lagi pemain Malaysia, Fakri Sharani dikeluarkan dan digantikan dengan Gary Steven Robbat. Shakir juga dikeluarkan dan digantikan dengan Hazwan Bakri [6]. Serangan demi serangan dilakukan, namun penyudah masih belum jumpa ruang dan pintu gol. Akhirnya....akhirnya minit ke 85, Hazwan Bakri telah berjaya menjaringkan gol penyamaan 1-1 menerusi hantaran lintang dari Wan Zack Haikal. Cantikkkk!!!
Bahrain tak puas hati...3 pertukaran serentak dilakukan pada minit ke 86. Gilozzz...nak menang bebeno derang nih. Terus..tak sampai seminit ponggg....Bahrain berjaya membalas sebijik gol lagi menerusi pemain no 9 mereka [Hussain Al Farhan]. Siottt...4 minit masa tambahan nak cari sebijik gol...misi sukar nihh! Akhirnya...keputusan penuh adalah Malaysia 1 Bahrain 2. Tak dak point lagi la nampaknya dan harapan ke sukan Olimpik 2012 dah berkecai..tapi pujian harus juga diberikan kepada mereka yang telah berjuang bersungguh-sungguh tadi.
Apapun aku nak ucap terima kasih kepada sekumpulan kecil penyokong Malaysia yang hadir di Stadium Nasional Manama, Bahrain. Difahamkan majoriti mereka adalah anak2 diplomat dari kedutaan Malaysia disana. Dan tentunya aku lebih berasa hairan bin ajaib apabila hanya sekumpulan kecil sahaja rakyat Bahrain yang turun ke padang, walhal game tu kat ditempat mereka. Gamaknya derang tak minat bola tak?
Pas ni kita tunggu Jepun pulak kat Stadium Bukit Jalil......
#entri dr blog utama DSM, yastroonline.
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment